PEMBANGUNAN MAPAN DAN KEUTUHAN JATI DIRI DALAM MASYARAKAT MELAYU-ISLAM: ISLAMISASI ILMU SEBAGAI PENYELESAIAN

Authors

  • Solahuddin Abdul Hamid
  • Maizatul Azura Yahya
  • Nor Azzuwal Kila

Abstract

Melayu dari sudut maknawi yang bersifat ilmiah dan historis adalah beragama Islam, berbahasa Melayu dan beradat resam Melayu. Pengaruh Islam sangat signifikan dalam mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku mereka. Islam juga bertindak sebagai faktor penentu kepada pembinaan tradisi budaya Melayu yang gemilang selama lebih dari enam abad. Namun, penjajahan dalam tempoh masa yang panjang secara perlahan-lahan telah menindas, menyisih dan menyebabkan kehancuran budaya, sikap mental, kehilangan identiti, harga diri dan kurang semangat dalam kalangan mereka akibat tekanan sruktural yang diciptakan oleh kaum kolonial yang bersilih ganti. Sistem pendidikan Barat moden (sekular) warisan penjajah yang dipraktikkan pada hari ini tidak mampu mengembalikan kegemilangan masyarakat Melayu-Islam bersama jati diri mereka. Ini kerana, meskipun setiap sistem pendidikan sama ada Islam, sekular, sosialis dan kapitalis cenderung untuk membangunkan perkara yang sama iaitu kognitif, psikomotor dan afektif dalam diri manusia, namun konsep pembangunannya adalah berbeza antara satu sama lain kesan daripada perbezaan ontologi tentang kejiwaan manusia, pertentangan epistemologi ilmu dan kepelbagaian metodologi pembangunan yang digunakan. Seharusnya ia hendaklah berteraskan kepada sistem pendidikan Islam yang bersepadu sifatnya dan terbentuk daripada falsafah serta kerangka Islam sendiri berasaskan sumbernya yang bersifat mutlak. Seterusnya, ia menjadi nilai dan falsafah hidup seseorang bagi membentuk dengan sikap dan cara pekerjaannya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-31

How to Cite

Solahuddin Abdul Hamid, Maizatul Azura Yahya, & Nor Azzuwal Kila. (2021). PEMBANGUNAN MAPAN DAN KEUTUHAN JATI DIRI DALAM MASYARAKAT MELAYU-ISLAM: ISLAMISASI ILMU SEBAGAI PENYELESAIAN. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 4(13). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2199