FEMININ SAKRAL SERI RAMA, LAKSAMANA DAN SITI DEWI DALAM WAYANG KULIT KELANTAN
Abstract
Wayang Kulit Kelantan (WKK) merupakan salah satu teater tradisional yang sering dipersembahkan di Kelantan suatu ketika dahulu. Kajian ini memilih repertoir yang digunakan dalam persembahan WKK,iaitu epik Ramayana untuk menggariskan elemen feminin sakral tiga watak, Seri Rama, Laksamana dan Siti Dewi. Antara ciri-ciri feminin yang dominan dalam ketiga-tiga watak WKK ialah penyayang, tidak menggunakan bahasa kasar, belas kasihan, bercakap lemah lembut, sensitif dengan keperluan orang dan memahami. Ciri-ciri feminin ini yang meletakkan watak-watak tersebut menghampiri sakral. Kajian ini penting untuk perkembangan ilmu dalam meneliti sifat dan latar belakang watak-watak halus WKK. Oleh yang demikian, kaedah etnografi diguna pakai untuk mencapai objektif menjustifikasi bahawa ciri-ciri feminin dalam Seri Rama, Laksamana dan Siti Dewi merupakan suatu simbol status feminin sakral. Kajian ini menggunakan komponen feminin sakral untuk menggariskan status Seri Rama, Laksamana dan Siti Dewi melalui ciri-ciri feminin watak. Oleh yang demikian, kajian ini telah dapat memperkembangkan ilmu dengan membuka pandangan positif para sarjana terhadap teater tradisional yang telah menggunakan konsep femininiti