PENGAJARAN REFLEKTIF TERHADAP PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG

Authors

  • Mohd. Yusoff Mohd. Nor
  • Lim Chai Yean

Abstract

Pengajaran reflektif, pembelajaran profesional dan pencapaian peribadi dapat dipertingkatkan melalui kerjasama dan berdialog dengan rakan sekerja. Pengajaran reflektif adalah perkara yang perlu dikuasai oleh guru kerana ia memerlukan unsur-unsur kognitif dan afektif yang diperlukan dalam mengaplikasikan amalan ini. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji pengajaran reflektif terhadap perkembangan profesionalisme guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Responden kajian ini seramai 240 orang yang terdiri di kalangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Metodologi yang digunakan ialah pendekatan kualtitatif dengan menggunakan instrumen yang berbentuk soal selidik telah digunakan dalam kajian ini bagi melihatkan maklum balas responden dari SJK C daerah Barat Daya. Kajian dilakukan berpandukan teori Model Reflektif Wallace (1991) telah digunakan menjadi kerangka konsep utama bagi kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min adalah tinggi (4.47) dalam aspek perkembangan profesionalisme guru di sekolah. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan dari segi dimensi utama pengajaran reflektif yang menyumbang kepada perkembangan profesionalisme guru. Hasil daripada kajian ini dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan tentang pangajaran reflektif kepada perkembangan profesionalisme guru. Pengajaran reflektif harus berada dalam proses penambahbaikan dan perlaksanaan dalam perkembangan profesionalisme guru.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-31

How to Cite

Mohd. Yusoff Mohd. Nor, & Lim Chai Yean. (2021). PENGAJARAN REFLEKTIF TERHADAP PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 4(13). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2196