AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DAN HUBUNGAN TAHAP KEPUASAN GURU SEKOLAH RENDAH DAERAH BARAT DAYA PULAU PINANG

Authors

  • Kho Lee Ching
  • Mohd.Yusoff Mohd. Nor

Abstract

Kepimpinan merupakan keperluan yang harus dihadapi untuk membina kecemerlangan sekolah antara semua guru supaya dapat memacu ke arah mencapai objektif, misi, visi dan matlamat yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Dalam pada itu, pelbagai kajian mendapati bahawa amalan kepimpinan transformasi Guru Besar berupaya meningkatkan kepuasan kerja guru khususnya di sekolah yang berhadapan tanggungjawab pendidikan yang kompleks dan mencabar. Tujuan penyelidikan ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasi Guru Besar dan tahap kepuasan kerja guru serta mengkaji hubungan antara amalan kepimpinan transformasi Guru Besar dan kepuasan kerja guru sekolah rendah daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Kajian kuantitatif deskriptif berdasarkan kaedah tinjauan yang menggunakan soal selidik kepimpinan transformasi dan kepuasan kerja telah dijalankan ke atas 300 orang guru sekolah rendah daerah Barat Daya Pulau Pinang. Analisis data melibatkan skor min, peratusan, sisihan piawai, ujian-t dan ujian Anova dengan menggunakan perisian SPSS 20.0. Hasil kajian mendapati bahawa tahap amalan kepimpinan transformasi Guru Besar dan tahap kepuasan kerja guru sekolah rendah adalah sangat tinggi dan hubungan antara amalan kepimpinan transformasi Guru Besar dan kepuasan kerja guru adalah signifikan positif yang kuat. Implikasi penilaian prestasi pencapaian untuk menyempurnakan perancangan PPPM 2013- 2025, pendedahan Guru Besar dengan perubahan Program National Professional Qualification for Educational Leadership (NPQEL), penguatkuasa program rakan peningkataan sekolah (SIP+), Guru Besar meningkat pengetahuan tentang peranan dan guru peka menyuaikan diri perubahan persekitaran. Kesimpulannya, amalan kepimpinan transformasi Guru Besar dan kepuasan kerja guru adalah berkaitan untuk mejurus kepada kecemerlangan sekolah di samping merealisasikan misi dan visi KPM.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-31

How to Cite

Kho Lee Ching, & Mohd.Yusoff Mohd. Nor. (2021). AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DAN HUBUNGAN TAHAP KEPUASAN GURU SEKOLAH RENDAH DAERAH BARAT DAYA PULAU PINANG. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 4(13). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2195