FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PEMILIHAN KERJAYA SEBAGAI USAHAWAN OLEH PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Authors

  • Samihah Saad Haji Ismail
  • Zahari Mohamed

Abstract

Pelajar cemerlang lazimnya merancang masa hadapan mereka secara bijak. Kebiasaannya, mereka telah menyemai satu cita-cita sejak dibangku sekolah rendah lagi untuk memilih kerjaya tertentu. Pastinya setiap pelajar institusi pengajian tinggi telah menyemat dihati mereka satu bidang kerjaya untuk dipilih selepas menamatkan pengajian. Kajian ini dilaksanakan bagi memperinci faktor-faktor yang mendorong mahawiswa untuk menyahut aspirasi kerajaan Malaysia yang mahu melihat lebih ramai lagi bakal graduan memilih kerjaya sebagai usahawan, iaitu rakyat Malaysia yang bakal mencipta peluang-peluang pekerjaan dan bukannya pencari-pencari pekerjaan. Kajian telah dilaksanakan di kalangan 172 pelajar di institusi pengajian tinggi di daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman, iaitu merangkumi pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia, Politeknik Muadzam Shah, Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara dan Institut Kemahiran Mara Kubang Pasu menerusi pengedaran borang soal selidik 74 item pengukuran. Dapatan kajian telah menyenaraikan beberapa faktor pendorong pemilihan kerjaya sebagai usahawan oleh pelajar yang antaranya seperti minat, sikap, motivasi, pengaruh keluarga, kursus pengajian serta sokongan sosial institusi pengajian dan kerajaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-31

How to Cite

Samihah Saad Haji Ismail, & Zahari Mohamed. (2021). FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PEMILIHAN KERJAYA SEBAGAI USAHAWAN OLEH PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 4(13). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2194