PERANCANGAN BENTUK SUSUN ATUR KEHIDUPAN HARI TUA DALAM KALANGAN INDIVIDU PERTENGAHAN USIA
Abstract
Peningkatan bilangan warga emas di Malaysia telah menjadikan status Malaysia sebagai negara bakal tua dan dijangkan menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030. Antara penyumbang kepada kesejahteraan kehidupan ketika menjalani usia tua adalah susun atur kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti perancangan bentuk susun atur kehidupan di hari tua bagi individu pertengahan usia (40 tahun – 60 tahun). Hasil kajian didapati melalui temu bual perbincangan kumpulan fokus yang disertai oleh 10 orang responden. Kesemua responden bersetuju mereka ingin meneruskan kehidupan hari tua di kediaman mereka sendiri namun sekiranya terdapat halangan di masa hadapan, hanya dua responden memiliki perancangan alternatif. Faktor perancangan bentuk susun atur kehidupan masa hadapan adalah disebabkan oleh keselesaan yang kini mereka rasakan di kediaman mereka dan faktor kedudukan kewangan. Intipati kajian ini boleh dijadikan panduan kepada penggubal dasar yang berkenaan agar kehidupan warga emas di masa hadapan dapat dijalani dengan sejahtera.