KESEDARAN PELAJAR TERHADAP RISIKO PEMBELIAN BARANG SECARA ATAS TALIAN

Authors

  • Razinah Sikul
  • Ros Aini Ibrahim

Abstract

Pandemik Covid-19 telah memberi kesan besar kepada dunia perniagaan di mana pembelian atas talian telah menggantikan pembelian ke premis. Walaupun begitu, terdapat risiko yang mungkin berlaku kepada pengguna seperti risiko kewangan, risiko produk, risiko penghantaran, risiko masa dan risiko privasi. Risiko ini mempunyai kesan yang signifikan terhadap tingkah laku membeli-belah atas talian oleh pelanggan dan memberi kesan buruk kepada tingkah laku pembelian mereka. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kesedaran pengguna terhadap risiko-risiko yang dihadapi semasa membeli-belah atas talian. Responden kajian ini terdiri daripada 126 orang pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Instrumen kajian adalah menggunakan soal selidik yang diedarkan secara rawak. Data yang diperoleh akan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) v.26. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar sedar tentang risiko pembelian atas talian. Kajian ini akan membantu para pemasar dan peruncit untuk mengurangkan risiko yang mungkin terjadi kepada pembeli, di samping pihak institusi perlu terus memberi kesedaran kepada pelajar agar sentiasa berhati-hati ketika membuat urus niaga atas talian.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-31

How to Cite

Razinah Sikul, & Ros Aini Ibrahim. (2021). KESEDARAN PELAJAR TERHADAP RISIKO PEMBELIAN BARANG SECARA ATAS TALIAN. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 4(13). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2192