TAHAP LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SANDAKAN
Abstract
Situasi pandemik di seluruh dunia telah menyebabkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi satu kemestian dalam kalangan pelajar di manamana institusi pengajian khususnya dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pelajar perlu menguasai penggunaan ICT yang akan diaplikasikan sepanjang pengajian baik untuk mencari maklumat berkenaan kelas, mahupun untuk menyelesaikan tugasan dan projek yang diberikan. Setiap institusi pendidikan perlu mengenal pasti tahap kemahiran ICT dalam kalangan pelajar mereka agar tindakan perlu diambil untuk mengatasi kelemahan ICT mereka supaya proses pembelajaran dapat berlangsung dengan efektif. Justeru kajian ini dijalankan untuk menilai tahap literasi ICT dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Sandakan. 52% daripada pelajar program Sijil Teknologi Elektrik dari semester 1 hingga 3 yang terlibat dengan PdP secara dalam talian telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Soal selidik telah diedarkan kepada pelajar bagi meninjau kemampuan pelajar dalam menggunakan mesin carian dan menghasilkan kandungan digital. Hasil kajian mendapati literasi ICT pelajar berada pada tahap sederhana dengan skor purata 3.48. Hasil kajian ini dapat membantu memberi gambaran yang jelas kepada para pensyarah terhadap kemampuan pelajar dalam menggunakan ICT.