PENILAIAN TAHAP KEFAHAMAN DAN KEBERKESANAN PROGRAM TAZKIYYAH DALAM KALANGAN ORANG KENA PENGAWASAN (OKP) DI KEDAH

Authors

  • Md Zawawi Abu Bakar
  • Siti Rozaina Kamsani
  • Jamaludin Mustaffa
  • Noor Azniza Ishak

Abstract

Di AADK terdapat pelbagai jenis perkhidmatan disediakan untuk program pemulihan. Namun demikian, masih lagi berlaku residivis dalam kalangan penagih selepas keluar daripada pusat pemulihan tersebut. Kini, agensi AADK telah cuba mengimplimentasikan modul spiritual berasaskan agama Islam dalam usaha memilihkan penagih dadah yang dipanggil Modul yang telah dibina oleh AADK negeri Kedah bermula Mac 2017. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan/kefahaman OKP serta menilai keberkesanan dan perkembangan kendiri OKP yang menyertai program Tazkiyyah di seluruh daerah di negeri Kedah. Metodologi kajian menggunakan kaedah kuantiatif di mana sampel yang diambil sebanyak 268 orang responden yang terdiri daripada OKP yang mengikuti program tersebut. Berdasarkan kepada hasil kajian menunjukkan bagi tahap kefahaman terhadap Modul Tazkiyyah secara keseluruhan menunjukkan responden faham tentang modul yang disampaikan dan responden menyatakan program tersebut banyak memberi manfaat kepada mereka. Begitu juga berkaitan penilaian perkembangan kendiri, dapatan kajian juga menunjukkan tahap yang tinggi. Walaupun menunjukkan keberkesanan program yang dijalankan oleh pihak AADK berkesan, pihak AADK perlu peka juga bagaimana untuk mengetasi masalah program ini. Ini kerana ada sebilangan dapatan kajian menunjukkan tahap sederhana. Oleh itu, cadangan-cadangan perlulah dititikberatkan sebagai salah satu faktor bagi menarik ramai OKP untuk mengikuti kusus ini kerana kursus ini banyak memberikan pengajaran kepada mereka dalam usaha memastikan OKP dapat meningkatkan kesedaran diri dan membentuk sahsiah diri mereka menjadi positif dan tidak mengulangi perkara yang lalu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-09-30

How to Cite

Md Zawawi Abu Bakar, Siti Rozaina Kamsani, Jamaludin Mustaffa, & Noor Azniza Ishak. (2021). PENILAIAN TAHAP KEFAHAMAN DAN KEBERKESANAN PROGRAM TAZKIYYAH DALAM KALANGAN ORANG KENA PENGAWASAN (OKP) DI KEDAH. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 4(12). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2190