PERSEPSI PELAJAR TERHADAP BARANGAN BERJENAMA: TINJAUN KE ATAS PELAJAR POLITEKNIK

Authors

  • Dr. Dicky Wiwittan Toto Ngadiman
  • Javadius Bollah
  • Alester G Jakuil

Abstract

Barang berjenama atau branded sering dikaitkan dengan barang mewah yang boleh membawa prestij kepada pemiliknya. Selain itu, memiliki barang branded boleh mendatangkan kebanggaan dan meningkatkan harga diri pemiliknya. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk menilai persepsi pelajar terhadap memiliki barang branded. Kajian ini telah memilih pelajar Politeknik sebagai sampel kajian. Data diperoleh daripada borang soal selidik yang diedarkan secara rawak mudah yang kemudiannya dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS v.22. Hasil kajian mendapati ramai yang bersetuju bahawa barang branded adalah menjadi kebanggaan. Dapatan secara keseluruhan mendapati persepsi terhadap barang branded adalah pada tahap sederhana. Kajian ini dapat membantu untuk mengenal pasti gelagat pelajar terhadap jenama dan dapatan ini dapat membantu organisasi untuk merangka plan pembangunan kewangan pelajar agar membelanjakan wang mereka berdasarkan kepada keperluan dan bukannya bergantung kepada jenama.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-09-30

How to Cite

Dr. Dicky Wiwittan Toto Ngadiman, Javadius Bollah, & Alester G Jakuil. (2021). PERSEPSI PELAJAR TERHADAP BARANGAN BERJENAMA: TINJAUN KE ATAS PELAJAR POLITEKNIK. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 4(12). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2188