CABARAN PEMBELAJARAN DARI RUMAH: TINJAUAN KE ATAS PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT

Authors

  • Siti Norazian Miskam
  • Siti Wahidah Arris
  • Dicky Wiwittan Toto Ngadiman

Abstract

Pembelajaran dari rumah iaitu secara atas talian merupakan pendekatan baru yang digunakan oleh hampir semua institusi pendidikan masa kini bersesuaian dengan situasi Pandemik Covid- 19 yang sedang melanda dunia. Namun begitu beberapa aspek perlu diteliti bagi mengetahui apakah cabaran sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Kajian ini dijalankan bagi meninjau cabaran tahap pembelajaran dari rumah ke atas pelajar Kolej Komuniti Beaufort, Sabah (KKBS). Responden kajian ini terdiri daripada 103 orang pelajar dari Kolej Komuniti Beaufort, Sabah yang terdiri adalah daripada program-program yang ditawarkan di KKBS iaitu Program Kulinari, Program Operasi Perhotelan dan Program Teknologi Elektrik. Teknik pensampelan mudah digunakan bagi mengumpul data. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi 20 item soalan dan dibina melalui Google Form. Soalan kajian ini diedarkan menggunakan medium WhatsApp rasmi pelajar. Analisis kajian ini menggunakan Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) V.22 untuk mendapatkan nilai skor min. Hasil kajian menunjukkan item kekurangan akses internet yang mencukupi menjadi cabaran utama kepada pelajar sepanjang belajar dari rumah (BDR) dengan skor min sebanyak 2.78, dan cabaran kedua tertinggi dihadapi pelajar adalah aspek penumpuan lebih untuk pembelajaran dalam talian dengan bacaan skor min kedua iaitu 2.71. Walau bagaimanapun, kesemua hasil item penilaian menunjukkan cabaran pembelajaran dari rumah di kalangan pelajar KKBS berapa pada tahap yang rendah. Dapatan kajian ini membolehkan pihak institusi, jabatan dan kementerian merancang dan menyediakan pelan tindakan yang bersesuaian mengikut keperluan pelajar bagi mengelakkan isu-isu negatif yang boleh membawa kepada ketidakcapaian hasil pembelajaran dan masalah kendiri pelajar berlarutan dengan lebih parah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-09-30

How to Cite

Siti Norazian Miskam, Siti Wahidah Arris, & Dicky Wiwittan Toto Ngadiman. (2021). CABARAN PEMBELAJARAN DARI RUMAH: TINJAUAN KE ATAS PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 4(12). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2187