KEPIMPINAN DISTRIBUTIF DALAM PERSPEKTIF PENGURUSAN PENDIDIKAN
Abstract
Perkembangan dalam pendidikan memerlukan kepimpinan berprestasi tinggi serta berkualiti. Tuntutan semasa dalam kepimpinan menuntut pemimpin yang dapat bekerja bersama-sama dengan semua dalam organisasi. Justeru, amalan kepimpinan distributif diketengahkan dalam pengurusan pendidikan kerana bersesuaian dan selaras dengan tuntutan semasa. Kepimpinan distributif digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 – 2025 dalam anjakan ke-5. Amalan kepimpinan distributif meningkatkan kualiti dalam pengurusan pendidikan dan melonjakkan prestasi organisasi. Artikel ini membincangkan keberkesanan amalan kepimpinan distributif dalam perspektif pengurusan pendidikan. Kajian ini adalah berbentuk soroton literatur yang merungkaikan kepimpinan distributif dalam perspektif pengurusan pendidikan. Perbincangan dengan merungkai sorotan literatur menunjukkan bahawa amalan kepimpinan distributif dalam pengurusan pendidikan adalah berkesan dan dapat meningkatkan kecemerlangan organisasi. Kesimpulannya, amalan kepimpinan distributif meningkatkan keberkesanan dan membantu melonjakkan prestasi serta kecemerlangan dalam pengurusan pendidikan.