LATIHAN KENDIRI PEMAIN BOLA KERANJANG BAWAH 18 TAHUN SECARA ATAS TALIAN DALAM ERA NORMA BAHARU DI DAERAH KOTA KINABALU, SABAH
Abstract
Sistem pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam permainan sukan bola keranjang semasa era pandemik merupakan suatu perkara yang memberikan tekanan dan memerlukan para pemain menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran baharu. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk meneroka ilmu pengetahuan dan pengalaman pemain bola keranjang dalam membentuk disiplin belajar dan perkembangan kecergasan fizikal permainan mereka dari segi kemahiran taktikal dan praktikal. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dengan memilih 10 orang informan kajian yang memiliki kemahiran latihan kendiri yang diperoleh menerusi rakaman video latihan yang diberikan oleh pemain bola keranjang. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan platform google meet. Hasil dapatan telah menemukan pelbagai kaedah dan pendekatan kendiri yang telah digunakan oleh para pemain untuk meningkatkan tahap kecekapan, ketangkasan mereka semasa dalam permainan bola keranjang. Implikasi kajian ini akan menjadi contoh kepada bidang pendidikan sukan lainnya, agar terus berusaha mempertingkatkan kecergasan, kemahiran dan pencapaian mereka dalam sukan.