PENGUBAHSUAIAN FASILITI BILIK DARJAH DAN PENGGUNAAN PROGRAM ‘KAHOOT’ BAGI MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR SINDROM TOURETTE – KAJIAN KES

Authors

  • Gunasegaran Karuppannan
  • Ananthi. Kuppusamy

Abstract

Kajian ini dijalankan ke atas seorang pelajar yang mengalami Sindrom Tourette. Sindrom Tourette ini ialah gangguan atau keadaan neurologi yang menyebabkan anak-anak, remaja dan orang dewasa menghasilkan bunyi dan pergerakan tanpa disedari dan tidak dapat dikawal oleh mereka di mana bunyi dan pergerakan ini digelar sebagai tics. Dalam kajian ini didapati keadaan neurologi Sindrom Tourette ini telah menganggu pelajar dari mengikuti pembelajaran sebagai seorang pelajar yang normal. Tinjauan awal telah dilaksanakan ke atas pelajar berkenan melalui pemerhatian, perbincangan dan temu bual dengan ibubapa dan penjaga pelajar. Selain itu, senarai semak serta pengubahsuaian fasiliti bilik darjah dan penyediaan bahan bantu mengajar yang kondusif juga dilakukan. Hasil Tinjauan menunjukkan masalah tics ini membawa kesukaran kepada pelajar untuk duduk dan mengikuti pembelajaran di mana pelajar akan jatuh bersama kerusi apabila berlaku tics Untuk ini kami membuat pengubahsuaian fasiliti bilik darjah iaitu kerusi dan meja pelajar dipakukan ke lantai. Juga didapati tetikus akan tercampak dari gengaman pelajar apabila berlaku tics, oleh itu kami telah mengubahsuai sarung tangan kain yang sedia ada dengan menambahkan pelekat supaya tetikus melekat dengan tangan pelajar. Pelajar juga didapati tidak dapat menghasilkan atau melengkapkan lembaran kerja yang diberi malahan kesemua kertas lembaran kerja pelajar adalah dalam keadaan koyak. Oleh itu kami telah memperkenalkan software Kahoot yang terdapat dalam program VLE frog. Kami telah memuat turun bahan pengajaran yang perlu dan mengikut subjek. Pelajar dibimbing untuk menggunakan program tersebut dan kami dapati pelajar akan menyiapkan pelajaran yang diberi dengan menjawab ke dalam komputer mengikut langkah software Kahoot. Kaedah pembelajaran dan pemudahcara ini diteruskan selama 15 minggu. Keputusan menunjukkan pelajar boleh mengikuti proses pembelajaran dan pemudahcara dengan sempurna dan menyeronokkan tanpa kerisauan jatuh dari kerusi atau lembaran kerja yang koyak.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-09-30

How to Cite

Gunasegaran Karuppannan, & Ananthi. Kuppusamy. (2021). PENGUBAHSUAIAN FASILITI BILIK DARJAH DAN PENGGUNAAN PROGRAM ‘KAHOOT’ BAGI MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR SINDROM TOURETTE – KAJIAN KES. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 4(12). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2182