LEKSIKOSTATISTIK BAHASA KENSIU DAN BAHASA KENTAQ: ANALISIS PERBANDINGAN KOSA KATA

Authors

  • Nur Faaizah Md Adam
  • Noor Saadah Salleh

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui waktu pisah antara bahasa Kensiu dan Kentaq serta menentukan tingkat kekerabatan antara kedua-dua bahasa. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dengan menerapkan teknik leksikostatistik. Pengumpulan data bahasa telah dilakukan berdasarkan senarai Moris Swadesh (1950) terhadap kedua-dua penutur bahasa. Teknik leksikostatistik yang digunakan telah melalui beberapa peringkat iaitu, 1) Pengumbulan 207 data bahasa berdasarkan Moris Swadesh, 2) Penelitian kata berkognat (berkerabat), 3) Mengira peratusan kata bersanak. Dapatan analisis telah menunjukkan bahawa kedua-dua bahasa mempunyai 142 kosa kata yang berkognat merangkumi sebanyak 72.08 %. Peratusan yang diperoleh telah menunjukkan bahawa kedua-dua bahasa ini telah terpisah antara 5 hingga 25 abad yang lalu dan berada dalam kelompok keluarga berdasarkan kekerabatan peratus kognat yang diperolehi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-06-30

How to Cite

Nur Faaizah Md Adam, & Noor Saadah Salleh. (2021). LEKSIKOSTATISTIK BAHASA KENSIU DAN BAHASA KENTAQ: ANALISIS PERBANDINGAN KOSA KATA. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 4(11). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2180