PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN TEKNOLOGI DARI PERSPEKTIF MURID TERPINGGIR SEWAKTU PANDEMIK COVID19

Authors

  • Badariah Duai
  • Nurfaradilla Mohd Nasri

Abstract

Arus teknologi yang semakin canggih dan pesat mengubah medium pembelajaran kini. Penggunaan teknologi diterapkan dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran disekolah. Pandemik COVID-19 yang melanda negara telah mengubah medium pengajaran guru kepada pembelajaran dirumah. Hal ini menyebabkan, pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi dilaksanakan. Guru-guru menggunakan pelbagai pelantar pembelajaran dalam memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan dari rumah. Namun begitu, tidak semua muridmurid mempunyai akses yang baik terhadap pembelajaran berbantukan teknologi terutamanya murid –murid terpinggir kerana kekangan ekonomi keluarga. Murid-murid terpinggir ini terpaksa berkongsi alat peranti bersama ibubapa atau adik beradik yang lain. Keadaan ini menyukarkan mereka untuk turut serta dalam pembelajaran berbantukan teknologi dengan baik. Kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan dijalankan bagi kajian ini. Terdapat dua objektif kajian ini dijalankan iaitu, untuk mengetahui persepsi pelajar terpinggir terhadap pembelajaran berbantukan teknologi serta mengetahui perbezaan persepsi pelajar berdasarkan faktor demografi (jantina). Sampel seramai 70 orang murid tingkatan 1 miskin bandar dari tiga buah sekolah menengah yang menerima Kumpulan Wang Amanah Miskin Pelajar (KWAMP) di bandar Kota Kinabalu Sabah dipilih bagi menjawab instrument soal selidik yang telah disediakan. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Science Social (SPSS) untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat kekerapan dan peratusan. Statistik inferensi melibatkan ujian T untuk menjawab hipotesis kajian. Dapatan kajian mendapati murid –murid terpinggir bersedia mengikuti pembelajaran atas talian yang dijalankan oleh guru namun murid-murid terpinggir lebih cenderung kepada pembelajaran bersemuka didalam kelas. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p > 0.05) bagi perbezaan perspektif murid terpinggir terhadap pembelajaran berbantukan teknologi berdasarkan faktor jantina. Kajian selanjutnya boleh diperkembangkan lagi dengan memperluaskan lagi kawasan lokasi kajian dan tidak menghadkan kepada murid tingkatan 1 sahaja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-03-31

How to Cite

Badariah Duai, & Nurfaradilla Mohd Nasri. (2021). PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN TEKNOLOGI DARI PERSPEKTIF MURID TERPINGGIR SEWAKTU PANDEMIK COVID19. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 4(10). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2172