NORMA BAHARU: ISU PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM PENENTUAN TABURAN PANDEMIK COVID-19 DAN KESAN TERHADAP SOSIODEMOGRAFI DI MALAYSIA

Authors

  • Mohd Sahrul Syukri Yahya
  • Edie Ezwan Mohd Safian
  • Megat Mohd Safwan Yahya

Abstract

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada akhir tahun 2019 telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada ekonomi dan sosial. Di negara Malaysia telah menunjukkan peningkatan kes yang positif, sembuh dan kematian yang signifikan hari demi hari. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan agensi kerajaan yang berperanan dalam mengawal, memantau dan memberikan maklumat terkini terhadap setiap kes pandemik yang berlaku di negara ini. Kerajaan juga telah memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat bagi membendung penularan wabak pandemik ini. Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan satu sistem yang memproses dan menghasilkan satu taburan pemetaan yang menarik dan mudah untuk difahami oleh masyarakat. Data yang diperoleh bermula dari bulan Mac sehingga Ogos 2020 bagi menilai taburan pemetaan dan analisis statistik deskriptif. Kajian ini juga dijalankan bagi menilai kesan terhadap sosiodemografi iaitu umur dan jantina, lokasi, pendidikan, sikap dan pengetahuan serta status sosial ekonomi (pendapatan).

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-03-31

How to Cite

Mohd Sahrul Syukri Yahya, Edie Ezwan Mohd Safian, & Megat Mohd Safwan Yahya. (2021). NORMA BAHARU: ISU PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM PENENTUAN TABURAN PANDEMIK COVID-19 DAN KESAN TERHADAP SOSIODEMOGRAFI DI MALAYSIA. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 4(10). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2164