PEMBELAJARAN BAHASA MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN: SATU KAJIAN META-ANALISIS DAN TINJAUAN SISTEMATIK
Abstract
Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) kini menjadi garis ukur yang penting dalam dunia pendidikan di seluruh dunia. Pendidikan untuk menyediakan rakyat bagi menghadapi IR4.0 ini amat perlu diambil kira oleh barisan pelaksana dasar pendidikan agar murid yang terhasil adalah murid yang menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan menguasai kemahiran penyelesaian masalah. Pembelajaran Berasaskan Permainan (PBP) merupakan suatu kaedah yang menggabungkan kaedah belajar sambil bermain yang diaplikasikan dalam pedagogi guru sewaktu melaksanakan sesi pengajaran. Melalui pendekatan bermain, dari sudut psikologi murid tidak menyedari bahawa proses pembelajaran sedang berjalan. Oleh sebab yang demikian, pengkaji melaksanakan Sistematic Review dan meta-analisis dalam melihat pengaplikasian Kaedah Pembelajaran Berasaskan Permainan (PBP) dan manfaatnya kepada pengajaran dan pembelajaran matapelajaran bahasa. Kaedah PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic reviews and Meta-Analyses) yang merangkumi sumber daripada Scopus, Web of Science, ERIC, Emerald dan Google Scholar diaplikasikan dalam melaksanakan Proses Systematic Review dengan menetapkan kriteria pemilihan dan pengecualian. Hasilnya 20 kajian yang berkaitan PBP dan bahasa telah diteliti. Analisis terhadap kesemua kajian akan dilaporkan dalam dua tahap analisis iaitu Analisis terhadap Saiz Kesan (Effects Size) dan juga Analisis terhadap Fasilitattor kajian bagi melihat persamaan dan jurang antara kajian