PERANAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ISLAM NURUL HAKIM UNTUK MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA MASYARAKAT SEKITAR

Authors

  • Musta’in
  • Ciptro Handrianto

Abstract

Sekolah berasrama Islam adalah institusi tradisional yang dekat dengan masyarakat, yang keberadaannya memerlukan sokongan penuh dari masyarakat sekitar. Oleh itu, maka perlu bagi sekolah berasrama islam memberikan pembinaan kepada masyarakat sekitar untuk dapat menjalin hubungan yang baik. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui peranan pengurusan sekolah berasrama islam Nurul Hakim untuk membangunkan sumber manusia masyarakat sekitar. Kajian ini adalah kajian kes yang menggunakan pendekatan deskriptif kualitatif. Kajian ini mendapati dua jenis pembinaan ke arah masyarakat, iaitu pembinaan ke arah masyarakat dalam bidang pengetahuan agama dan pembinaan ke arah masyarakat dalam bidang ekonomi. Kesimpulan daripada kajian ini adalah dua jenis pembinaan yang dilakukan oleh pengurusan sekolah berasrama islam Nurul Hakim tersebut dapat membangunkan sumber manusia dalam kalangan masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-12-31

How to Cite

Musta’in, & Ciptro Handrianto. (2020). PERANAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ISLAM NURUL HAKIM UNTUK MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA MASYARAKAT SEKITAR. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 3(9). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2158