PENGARUH IKLIM SEKOLAH DAN KOMITMEN KERJA GURU DI MALAYSIA
Abstract
Profesion guru adalah satu profesion yang sangat mulia dan dihormati. Ini kerana tugas guru yang begitu mencabar dan mempunyai tanggungjawab yang sangat penting bagi melahirkan barisan pelapis kepimpinan negara dan individu yang berjaya pada suatu hari nanti. Kegagalan sesebuah negara menyediakan barisan pelapis yang baik akan meletakkan negara tersebut diambang kegelapan. Walaubagaimanapun sejak kebelakangan ini timbulnya masalah-masalah melibatkan guru seperti tidak menunjukkan komitmen yang baik semasa bertugas di sekolah dan juga beberapa kesalahan guru seperti tidak hadir bertugas, mengajar sambil lewa dan mendera pelajar tentunya menjejaskan kewibawaan dan nama baik kerjaya perguruan itu sendiri. Kajian dan perbincangan ini bagi mengenal pasti peranan iklim sekolah dalam memainkan peranan yang penting ke arah peningkatan komitmen kerja guru di sekolah selain daripada faktor- faktor yang tersedia ada.