ANALISIS DOKUMEN ELEMEN KEWANGAN DAN KEUSAHAWANAN DALAM BUKU TEKS BAHASA INGGERIS
Abstract
Kewangan dan keusahawanan merupakan elemen penting dalam menguruskan kewangan bagi menjamin kesejahteraan hidup. Kurangnya pengetahuan tentang elemen kewangan dan keusahawanan menyebabkan berlakunya kegagalan menguruskan sumber kewangan dengan cekap dan bijaksana. Kajian kualitatif ini mengkaji elemen-elemen kewangan dan keusahawanan dalam buku teks Bahasa Inggeris Tahun 5 dan Tahun 6. Pengkaji menggunakan kaedah analisis dokumen untuk meninjau sejauh manakah buku teks Bahasa Inggeris ini mengandungi elemen-elemen kewangan dan keusahawanan seperti wang, akaun bank, simpanan, pelaburan dan sebagainya. Senarai semak digunakan sebagai teknik pengumpulan data dan analisis data. Hasil dapatan kajian menunjukkan sebanyak 32 frasa terdapat di dalam buku teks Bahasa Inggeris Tahun 5 dan Tahun 6. Elemen-elemen kewangan dan keusahawanan telah pun dimasukkan dalam buku teks tersebut seperti wang, simpanan, menabung, keperluan, kehendak, akaun bank, pendapatan, perbelanjaan dan sebagainya. Asas kewangan ini diterapkan dan dididik sejak di sekolah rendah lagi agar mampu menghasilkan murid yang celik kewangan dan bijak berbelanja.