PENYESUAIAN DAN CABARAN TRANSISI PELAJAR TAHUN PERTAMA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Authors

  • Tengku Norhani Tengku Besar
  • Nor Shafrin Ahmad
  • Shahabuddin Hashim

Abstract

Penyesuaian pelajar tahun pertama di institut pengajian tinggi merupakan satu transisi major dalam kehidupan yang tidak semua pelajar dapat tangani. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penyesuaian pelajar tahun pertama di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan meneroka cabaran yang dihadapi pelajar dalam fasa transisi. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Data diperoleh daripada soal selidik dan temu bual. Seramai 364 orang pelajar PPISMP terlibat dalam menjawab Soal Selidik Adaptasi Pelajar (SSAP) dan 30 orang pelajar daripada jumlah tersebut telah ditemu bual secara separa berstruktur. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 25 dan data kualitatif kemudiannya ditranskripsi serta dianalisis tematik menggunakan perisian Atlas.ti versi 8 bagi membentuk kategori atau tema yang sesuai. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap penyesuaian pelajar secara keseluruhan berada pada tahap sederhana. Selain itu, cabaran transisi yang dihadapi pelajar dapat dikategorikan kepada lima tema utama iaitu akademik, sosial, emosi, komitmen institusi dan minat. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan ke arah pembentukan dan pembangunan intervensi yang bersesuaian bagi membantu kesejahteraan pelajar tahun pertama PPIMSP di IPG dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-12-31

How to Cite

Tengku Norhani Tengku Besar, Nor Shafrin Ahmad, & Shahabuddin Hashim. (2020). PENYESUAIAN DAN CABARAN TRANSISI PELAJAR TAHUN PERTAMA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 3(9). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2152