PEMBANGUNAN MODUL KATA KERJA TATABAHASA BAHASA TAMIL DARI PERSPEKTIF PAKAR BAHASA

Authors

  • Rathidevi Shanmugam
  • Chew Fong Peng
  • Mohana Dass Ramasamy

Abstract

Penggunaan modul dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu elemen yang terpenting. Pembangunan modul telah dilaksanakan bagi semua subjek tetapi pembangunan modul bagi subjek Bahasa Tamil tidak banyak dijalankan. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk meneroka pembangungan modul dari perspektif pakar bahasa keperluan dan faktor-faktor yang diperlukan dalam modul kata kerja tatabahasa bahasa Tamil. Temu bual separa berstruktur terhadap 10 orang pakar telah dijalankan bagi mendapatkan pandangan dan cadangan mereka untuk membangunkan modul. Pakar-pakar bahasa tersebut dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan. Perspektif dari aspek masalah pengajaran dan pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan sumber pengajaran dan pembelajaran telah diberikan fokus dalam membentuk pembangunan modul. Hasil kajian menunjukkan bahawa masalah pengajaran dan pembelajaran guru-guru Bahasa Tamil ialah kata kerja tatabahasa asas dari sekolah rendah kurang diberi penekanan, penguasaan asas pelajar yang lemah dalam tatabahasa dan tidak fasih dan kabur dalam kata kerja tatabahasa. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan termasuklah berpusatkan pelajar, berpusatkan teknologi maklumat dan komunikasi dan penggunaan modul, aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuklah pembentangan, permainan bahasa, kolaboratif, berkongsi maklumat, menyelesaikan masalah, membanding beza, melukis peta kemahiran berfikir aras tinggi (kbat), menyatakan pandangan atau pendapat, menyatakan sebab akibat, menyusun mengikut urutan, membuat kategori / klasifikasi dan lain-lain lagi. Bagi sumber pengajaran dan pembelajaran pula buku Tolkapiyam dan Nannul memainkan peranan utama. Hasil kajian tentang pembangunan modul ini boleh dijadikan rujuka

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-12-31

How to Cite

Rathidevi Shanmugam, Chew Fong Peng, & Mohana Dass Ramasamy. (2020). PEMBANGUNAN MODUL KATA KERJA TATABAHASA BAHASA TAMIL DARI PERSPEKTIF PAKAR BAHASA. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 3(9). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2149