APA KATA IBU BAPA PERIBUMI TERHADAP PENDIDIKAN ANAK MUDA?

Authors

  • Wei Chooi Yi

Abstract

Pendidikan merupakan agen yang mampu mengubah seseorang atau masyarakat ke arah kehidupan yang lebih maju dan sempurna. Oleh itu, kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan generasi muda dalam kalangan masyarakat Peribumi dari aspek minat, kos pendidikan, persekitaran sekolah dan kemudahan. Kajian ini juga mengambil kira lokasi perkampungan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap kesedaran ibu bapa dari aspek minat, kos pendidikan, persekitaran sekolah dan kemudahan. Data yang diperoleh secara soal selidik ke atas 60 sampel dari tiga buah perkampungan Peribumi di negeri Selangor dimasukkan ke dalam Perisian Statistik untuk Sosial Sains (SPSS) versi 22.0 untuk analisis deskriptif dan inferensi. Hasil analisis deskriptif mendapati bahawa tahap kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan generasi muda dalam kalangan masyarakat Peribumi dari aspek minat dan kos pendidikan adalah sederhana. Manakala min reaksi ibu bapa terhadap pendidikan generasi muda dalam kalangan masyarakat Peribumi dari aspek persekitaran sekolah dan kemudahan pula pada tahap tinggi. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan tahap kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan generasi muda dalam kalangan masyarakat Peribumi dari aspek minat, kos pendidikan dan persekitaran sekolah berdasarkan lokasi perkampungan. Namun begitu, terdapat perbezaan tahap kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan generasi muda dalam kalangan masyarakat Peribumi dari aspek kemudahan berdasarkan lokasi perkampungan. Implikasi dapatan ini menunjukkan bahawa untuk meningkatkan sikap yang positif dalam kalangan ibu bapa masyarakat Peribumi terhadap pendidikan generasi muda mereka, kerjasama daripada pihak berkepentingan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Kemajuan Peribumi (JAKOA), pihak sekolah dan masyarakat Peribumi sendiri diperlukan agar segala usaha dapat dijayakan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-03-31

How to Cite

Wei Chooi Yi. (2020). APA KATA IBU BAPA PERIBUMI TERHADAP PENDIDIKAN ANAK MUDA?. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 3(6). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2134