HUBUNGAN ANTARA PENERIMAAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN TUJUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DENGAN KEMAHIRAN SOSIAL DALAM KALANGAN MAHASISWA

Authors

  • Saheera Sardar Mohamed
  • Wan Anita Wan Abas
  • Rosmiza Bidin
  • Siti Zobidah Omar
  • Salme Yahya

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan tujuan penggunaan media sosial dan penerimaan pengunaan teknologi media terhadap kemahiran sosial mahasiswa dengan menjadikan personality ekstraversi mahasiswa sebagai pemboleh ubah moderator. Kajian ini berbentuk deskriptif kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan menggunakan Teori Kegunaan dan Kepuasan oleh Whiting & Williams (2013), Model Penerimaan Bersepadu Teknologi (UTAUT) oleh Venkatesh (2003) , Teori Personaliti ekstraversi oleh Hans. J Eysenck (1952) dan Model Inventori Kemahiran Sosial (SSI) oleh Riggio (1986) sebagai latar belakang teori. Jangkaan dapatan dalam kajian ini menunjukkan bahawa ketagihan terhadap penggunaan media sosial mampu mempengaruhi kemahiran sosial individu yang terlibat. Sekiranya ketagihan ini semakin berlarutan, terdapat kemungkinan di mana pola aktiviti harian, emosi dan fikiran individu yang mengalami ketagihan ini akan turut terpengaruh. Namun begitu, perubahan ini tidak semestinya akan menjurus kepada perubahan yang negatif dan membimbangkan. Pengkaji berpendapat bahawa terdapat kesan yang positif yang berkemungkinan terhasil melalui perubahan ini. Walaubagaimanapun, ianya bergantung dengan pembolehubah yang terdapat dan berkaitan dengan kajian yang dijalankan ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-12-31

How to Cite

Saheera Sardar Mohamed, Wan Anita Wan Abas, Rosmiza Bidin, Siti Zobidah Omar, & Salme Yahya. (2019). HUBUNGAN ANTARA PENERIMAAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN TUJUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DENGAN KEMAHIRAN SOSIAL DALAM KALANGAN MAHASISWA. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 2(5). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2123