KAJIAN KES TAHAP KEBERKESANAN PENGGUNAAN ANTARA TELEFON BIMBIT DAN WALKIE TALKIE DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DI IBU PEJABAT POLIS SABAK BERNAM, SELANGOR.
Abstract
Penggunaan telefon bimbit dan walkie talkie semakin berleluasa sehingga membawa impak besar kepada pelaksanaan tugas di sesebuah organisasi di Malaysia. Peningkatan pengeluaran dan permintaan terhadap alat telekomunikasi ini adalah dimensi baharu bagi revolusi industri 4.0 yang memberikan segala maklumat terkini dan pantas. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan penggunaan di antara telefon bimbit dan walkie talkie dalam melaksanakan tugas di ibu pejabat polis Sabak Bernam, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 50 orang responden dan masa yang diambil selama satu bulan. Kajian ini berfokus kepada empat aspek iaitu, keyakinan, inovasi, ketidakselesaan dan ketidakselamat. Hasil kajian mendapati aspek keyakinan, ketidakselesaan dan ketidakselamatan telefon bimbit adalah lebih tinggi berbanding walkie talkie. Responden memilih aspek inovasi bagi walkie talkie adalah lebih tinggi berbanding penggunaan telefon bimbit. Oleh hal yang demikian, penggunaan antara telefon bimbit dan walkie talkie mempunyai kebaikan dan kelemahan dari sudut fizikal, pengurusan kos dan masa, serta sebaran maklumat. Pelaksanaan tugas dalam sesebuah organisasi memerlukan pemerhatian yang menyeluruh supaya menghasilkan pekerjaan yang baik dan berkesan.