KESAN STRATEGI GALLERY WALK TERHADAP PENCAPAIAN MURID-MURID DALAM PEMBELAJARAN PENULISAN BAHASA MELAYU
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan pelaksanaan strategi Gallery Walk terhadap pencapaian murid dalam pembelajaran penulisan Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga akan menganalisis hubungan antara sikap, motivasi dan pelaksanaan strategi Gallery walk dengan pencapaian murid. Kajian ini menggunakan pendekatan kuasi-eksperimen dengan menggunakan Model Proses Pembelajaran Gagne (1974) sebagai kerangka asas kajian. Sampel kajian berjumlah 30 orang murid dalam kumpulan eksperimen dan 30 orang murid dalam kumpulan kawalan. Dapatan kajian diperoleh melalui praujian dan pascaujian dan soal selidik sebagai instrumen kajian. Hasil kajian ujian-t bagi perbandingan markah ujian sebelum dan selepas pelaksanaan strategi Gallery Walk dalam pembelajaran bahasa Melayu bagi kumpulan eksperimen menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid. Kajian juga mendapati terdapat kolerasi sederhana antara pelaksanaan strategi Gallery Walk dengan sikap pada r =.477 (p < 0.05). Selain itu, didapati motivasi berkorelasi sederhana dengan pelaksanaan strategi Gallery Walk pada r = 0.447 (p = 0.05). Hasil analisis juga menunjukkan pelaksanaan strategi Gallery Walk memberi kesan positif dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid. Oleh itu,