KESEDIAAN PELAKSANAAN PENGAJARAN ABAD KE 21 DALAM KALANGAN GURU PELATIH SEJARAH IPG ZON SELATAN
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pelaksanaan pengajaran abad ke 21 dalam kalangan guru pelatih Sejarah IPG zon selatan. Kesediaan pelaksanaan ini dilihat dari tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan semester pengajian terhadap tahap kesediaan pelaksanaan pengajaran abad ke 21 dalam kalangan guru pelatih Sejarah mengikut semester pengajian. Sampel kajian terdiri daripada 58 orang guru pelatih Sejarah di beberapa buah IPG zon selatan. Kajian merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Penganalisisan data bagi tujuan kajian ini menggunakan statistik deskriptif melibatkan skor min dan sisihan piawai. Manakala statistik inferensi seperti Ujian-t digunakan untuk menjawab kesemua persoalan kajian. Hasil kajian deskriptif menunjukkan bahawa kesediaan pelaksanaan pengajaran abad ke 21 dalam kalangan guru pelatih Sejarah semester 6 dan 8 berada pada tahap tinggi bagi ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kesediaan pelaksanaan PAK21 dalam kalangan guru pelatih Sejarah mengikut semester pengajian. Kesimpulannya kajian ini memberi maklumat kepada pihak berkepentingan untuk melihat kesediaan guru pelatih dalam melaksanakan PAK21 yang menjadi agenda Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).