KOORDINASI MENYANYI SAMBIL BERMAIN KOMPANG KANAK-KANAK MENGGUNAKAN PENDEKATAN EURITMIK

Authors

  • Md Jais Ismail
  • Loo Fung Chiat
  • Mohd Sham Kamis

Abstract

Kajian lepas membuktikan pendekatan euritmik dapat memberi kefahaman kepada kanak-kanak untuk menguasai kemahiran muzik. Kemahiran menyanyi sambil bermain kompang dikenalpasti mempunyai kepentingan bukan sahaja untuk meningkatkan koordinasi kanak-kanak malah meningkatkan mutu persembahan. Namun demikian, didapati kemahiran ini sukar dilakukan dengan kaedah pengajaran sedia ada dalam kalangan guru-guru sekolah rendah. Ini bukan sahaja menjejaskan kualiti persembahan malah memerlukan masa latihan yang lama walaupun kanak-kanak sudah mempunyai kebolehan dalam menyanyi atau bermain alat muzik. Reka bentuk kuasi-eksperimental telah digunakan bagi mengumpul data daripada dua kumpulan kanak-kanak iaitu 35 orang kumpulan rawatan dan 35 orang kumpulan kawalan yang berumur sembilan tahun di Putrajaya. Data ujian pra dan ujian pasca terdiri daripada analisis nilai min, sisihan piawai, peratus, dan Ujian T. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data adalah melalui Ujian Amali Muzik. Dapatan kajian daripada kumpulan kawalan dan rawatan menunjukkan intervensi kajian memberi kesan yang signifikan terhadap pencapaian kanak-kanak mengkoordinasikan kemahiran nyanyian dengan permainan kompang. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada guru-guru dan pihak kementerian pendidikan seperti menggalakkan lebih banyak aktiviti euritmik di sekolah-sekolah rendah, memberikan pendedahan dan latihan tentang aktiviti euritmik kepada guru-guru dengan lebih terperinci, dan mengaplikasikan pendekatan euritmik dengan menggunakan lagu-lagu dan alat-alat muzik tradisional Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-12-31

How to Cite

Md Jais Ismail, Loo Fung Chiat, & Mohd Sham Kamis. (2019). KOORDINASI MENYANYI SAMBIL BERMAIN KOMPANG KANAK-KANAK MENGGUNAKAN PENDEKATAN EURITMIK . Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 2(5). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2118