HUBUNGAN KETAGIHAN LAMAN SOSIAL DENGAN KEMAHIRAN SOSIAL REMAJA
Abstract
Tujuan kajian adalah untuk mengkaji hubungan ketagihan laman sosial dengan kemahiran sosial remaja. Dapatan kajian menunjukkan hubungan tahap ketagihan remaja secara signifikasi adalah positif dengan tahap kemahiran sosial remaja. Selain remaja meluangkan masa dengan laman sosial setiap hari, remaja masa kini juga dapat mempertingkatkan tahap sosial mereka melalui pergaulan dengan rakan-rakan dari perlbagai tempat dan negeri. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penting untuk membantu memahami kesulitan dan cabaran dalam mengetahui perkaitan tahap ketagihan penggunaan laman sosial dengan kemahiran sosial remaja secara umumnya. Sungguhpun, hasil kajian ini hanya tertumpu kepada sebuah Institusi Pengajian Tinggi sahaja tetapi ia sedikit sebanyak dapat memaparkan persepsi rakyat Malaysia ke atas perkaitan tahap ketagihan penggunaan laman sosial dengan kemahiran sosial remaja secara umumnya.