POLEMIK CUAI, ABAI DAN LALAI TERHADAP ANAK: SUATU TINJAUAN AWAL

Authors

  • Sulaiman Bin Mahzan
  • Siti Fairuz Nurr Binti Sadikan
  • Mohd Ab Malek Bin Md Shah
  • Mohd Harun Bin Shahudin

Abstract

Polemik berhubung sindrom kecuaian dan pengabaian ibu bapa atau penjaga mahupun waris; tidak terkecuali pengasuh (samada secara sengaja atau tidak) terhadap segala hak dan tanggungjawab kanak – kanak semakin meruncing sejak mutakhir ini. Saban hari, kita seringkali dikejutkan oleh pelbagai rencam kisah duka lagi memilukan terhadap nasib golongan anak kecil ini bagaikan tiada penghujungnya; merentasi segenap lapisan masyarakat tanpa sempadan. Secara tamsilan; suatu “rakaman kisah pilu†si cilik OKU (Orang Kelainan Upaya) yang telah dikurung berbulan - bulan oleh ibunya yang berhati kejam tanpa sebarang perasaan belas sehinggalah episod pilunya ditamatkan oleh penemuan secara tidak sengaja oleh pihak berkuasa dalam kondisi yang amat menyayatkan hati semasa menjalankan operasi memburu pendatang tanpa izin. Rentetan daripada penyiksaan tersebut, wanita itu telah didakwa oleh pihak mahkamah atas kecuaiannya di bawah Seksyen 31 (1) (a) dan Seksyen 33 (c) Akta Kanak – Kanak 2001. Justeru, penulisan ini bertujuan untuk membuat tinjauan awal terhadap segala isu dan permasalahan berkaitan pengabaian dan penindasan terhadap segala hak dan kepentingan golongan cilik ini secara keseluruhan. Selain itu, penulis juga ingin menyentuh terhadap variasi kerangka perundangan yang sedia ada; berserta isu penguatkuasaannya bagi memastikan agar fenomena negatif ini dapat dibendung dan seterusnya diharapkan agar mampu untuk memastikan kebajikan dan kemaslahatan kanak – kanak terus dilestarikan dengan sebaik mungkin.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-06-30

How to Cite

Sulaiman Bin Mahzan, Siti Fairuz Nurr Binti Sadikan, Mohd Ab Malek Bin Md Shah, & Mohd Harun Bin Shahudin. (2019). POLEMIK CUAI, ABAI DAN LALAI TERHADAP ANAK: SUATU TINJAUAN AWAL. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 2(3). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2114