A REVIEW: ESL LEARNERS’ CRITICAL THINKING AND ACTIVE LEARNING THROUGH COLLABORATIVE ONLINE WRITING ACTIVITY (GOOGLE DOCS)
Abstract
Kemenjadian Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dan Revolusi Industri 4.0 (4IR) mempengaruhi perubahan di dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas di Malaysia. Kekerapan menggunakan pembelajaran berasaskan maya dan digital bagi subjek Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) memperlihatkan kesan positif ke atas kompetensi dan kemahiran kolaboratif pelajar yang mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Penggunaan aplikasi maya dan digital yang menarik dalam penulisan karangan juga membantu penglibatan pelajar. Artikel ini, berdasarkan tinjauan literatur lepas, meneroka penggunaan aktiviti penulisan secara atas talian (Google Docs) ke atas pemikiran kritis dan pembelajaran aktif pelajar ESL. Penemuan menunjukkan penggunaan bermanfaat aktiviti menulis karangan dalam talian secara berkolaborasi untuk pengajaran dan pembelajaran menulis pelajar ESL. Kajian ini berguna sebagai rujukan untuk penyelidikan masa depan untuk memastikan lebih banyak cara penulisan ESL yang lebih menyeronokkan, menarik dan bermakna.