KAJIAN MENGENAI PEMAHAMAN KONSEP GEMPA BUMI DAN PERSEDIAAN MENGHADAPI BENCANA GEMPA BUMI DALAM KALANGAN GURU GEOGRAFI DI RANAU, SABAH

Authors

  • Zulfhikar Rabe
  • Soon Singh A/L Bikar Singh
  • Balan Ratnakrishnan

Abstract

Sejak tahun 1897, Sabah negeri yang terletak di Pentas Sunda telah mengalami 80 siri bencana gempa bumi. Perkara ini menjadi lebih serius apabila gempa bumi yang berskala Richter 5.9 telah melanda kawasan Ranau pada tahun 2015 dan diikuti dengan gempa bumi sederhana kuat bermagnitud 5.2 pada skala rikter sekali lagi melanda pada 08 Mac 2018 di Ranau, Sabah. Hal ini telah menyebabkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan Ranau. Jabatan Meteorologi Sabah (2015) melaporkan dalam tempoh 20 tahun akan datang satu gempa bumi dengan skala yang kuat akan melanda Sabah. Senario ini menunjukkan bahawa masyarakat setempat perlu diberi ilmu secukupnya agar lebih bersedia untuk menghadapi bencana ini. Hal ini dapat direalisasikan dengan menggunakan pendidikan formal sebagai medium dalam menyampaikan ilmu mengenai bencana gempa bumi. Bagaimanapun, para sarjana berpendapat untuk mendidik dan menyampaikan ilmu bencana gempa bumi ini, pemahaman konsep dan persediaan guru perlu di beri perhatian agar mereka mempunyai ilmu yang cukup dan bersedia untuk mengajar murid di sekolah. Sehubungan itu, pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk kaedah tinjauan digunakan untuk mengkaji pemahaman konsep gempa bumi dan persediaan menghadapi bencana gempa bumi dalam kalangan guru Geografi di Ranau. Kaedah persampelan rawak telah digunakan untuk memilih 100 orang guru Geografi dalam sembilan buah sekolah menengah di Ranau. Instrument The Spittal Eartquake knowledge and Readiness Scale digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pemahaman konsep gempa bumi dan persediaan menghadapi bencana gempa bumi dalam kalangan guru Geografi adalah sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan guru perempuan lebih memahami konsep gempa bumi berbanding guru lelaki. Sementara itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan guru lelaki lebih bersedia menghadapi gempa bumi berbanding dengan guru perempuan. Hasil dapatan kajian ini mampu menyumbang kepad ilmu pendidikan gempa bumi di Malaysia dan khususnya kepada guru dan sekolah bagi merancang sesi pengajaran dan pembelajaran secara praktikal dalam bilik darjah kepada murid sekolah. KPM perlu berkerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS) dalam melaksanakan penambahbaikan dalam dasar-dasar dan bengkel dalam usaha menyediakan guru yang berkebolehan dan berkualiti di sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-06-30

How to Cite

Zulfhikar Rabe, Soon Singh A/L Bikar Singh, & Balan Ratnakrishnan. (2019). KAJIAN MENGENAI PEMAHAMAN KONSEP GEMPA BUMI DAN PERSEDIAAN MENGHADAPI BENCANA GEMPA BUMI DALAM KALANGAN GURU GEOGRAFI DI RANAU, SABAH . Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 2(3). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2112