PERANAN PENGURUSAN SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU BESAR DI DAERAH PONTIAN, JOHOR

Authors

  • Muhammad Zulhelmi Roslan
  • Azlin Norhaini Mansor

Abstract

Pengurusan sekolah merupakan proses kerja yang dilaksanakan untuk mencapai objektif organisasi sekolah secara berkesan dan cekap. Sebagai individu yang berautoriti, guru besar bukan sahaja berperanan sebagai pemimpin pengajaran malah juga menjalankan tugas sebagai pengurus yang menguruskan sekolah. Malangnya, ketidakseimbangan peranan yang dimainkan di antara kepimpinan dan pengurusan menimbulkan perbezaan dalam amalan pengurusan berkualiti. Justeru, kajian ini mengkaji peranan yang dimainkan oleh guru besar semasa mengurus sekolah berdasarkan Model Pengurusan Mintzberg (1976) dan Model Peranan Pengurusan Pengetua yang dicadangkan oleh Azlin Norhaini (2006). Mintzberg menyarankan 10 peranan pengurusan, manakala Azlin Norhaini mencadangkan 11 peranan yang dirangkumkan dalam 3 peranan utama, iaitu interpersonal, penyampai maklumat dan membuat keputusan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kaedah tinjauan (survey) melibatkan 66 orang guru besar di daerah Pontian, Johor. Hasil kajian menunjukkan majoriti guru besar di daerah Pontian mengamalkan ketiga-tiga peranan pengurusan (Interpersonal, min= 4.73; sp=0.303; Penyampai Maklumat, min= 4.67; sp= 0.328 & Pembuat Keputusan, min=4.60; sp= 0.366 ) pada tahap sangat tinggi. Dapatan analisis inferensi melalui ujian t dan Anova sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan peranan yang dimainkan oleh guru besar mengikut faktor jantina, gred sekolah dan tempoh menjawat jawatan guru besar. Lantaran itu, kajian ini membantu para guru besar dalam melaksanakan pengurusan berkualiti menerusi aktiviti pengurusan utama di sekolah untuk dipadankan dengan peranan yang sewajarnya dilakukan. Setiap peranan pengurusan yang dimainkan mestilah sesuai dengan tujuan, konteks semasa dan berterusan untuk meningkatkan komitmen, kerjasama dan prestasi semua pihak yang bekepentingan kepada sekolah. Oleh itu,hasil kajian ini dapat memberikan gambaran yang jelas kepada pihak berwajib tentang peranan pengurusan guru besar yang seharusnya dilaksanakan tanpa pertindinan tugas dan pertembungan peranan antara pengurusan dan kepimpinan pengajaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-06-30

How to Cite

Muhammad Zulhelmi Roslan, & Azlin Norhaini Mansor. (2019). PERANAN PENGURUSAN SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU BESAR DI DAERAH PONTIAN, JOHOR. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 2(3). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2111