PELAKSANAAN KELAS PEMULIHAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL NEGERI SELANGOR

Authors

  • Chew Fong Peng
  • Leka A/P Sendereprakasam

Abstract

Kajian ini memberi tumpuan kepada Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu Dalam Kemahiran Literasi Membaca di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil negeri Selangor. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemahaman dan persepsi guru terhadap Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam kemahiran literasi membaca serta menganalisis perbezaan antara Kaedah dan strategi dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan dalam Kemahiran Literasi Membaca Bahasa Melayu oleh Guru-guru KPBM mengikut latar belakang sosial. Pengkaji juga ingin mengetahui masalah dalam pelaksanaan Kelas Pemulihan Kemahiran Melayu dalam Literasi Membaca dan akhirnya mendapatkan cadangan untuk mengatasi masalah dalam kelas pemulihan Bahasa Melayu. Sampel kajian adalah seramai 60 orang guru Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang dipilih secara persampelan rawak dari tiga daerah, iaitu Petaling Perdana, Petaling Utama, dan Klang. Bagi pengumpulan data, instrumen borang soal selidik telah digunakan. Kebolehpercayaannya pula diperoleh melalui kajian rintis yang dijalankan di mana nilai Cronboach Alphanya ialah 0.92. Hasil kajian mendapati bahawa pemahaman dan persepsi guru terhadap Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran Literasi membaca adalah sangat tinggi. Ujian Ujian-U Mann-Whitney dan Kruskall-Wallis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru-guru KPBM dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran Literasi membaca mengikut jantina, bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar. Seterusnya, masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan dalam Kemahiran Literasi membaca Bahasa Melayu adalah sederhana tinggi. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama dengan pihak guru untuk memastikan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dilaksanakan dengan berjaya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-03-31

How to Cite

Chew Fong Peng, & Leka A/P Sendereprakasam. (2019). PELAKSANAAN KELAS PEMULIHAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL NEGERI SELANGOR. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 2(2). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2110