AMALAN KEPIMPINAN ETIKA GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) DI DAERAH HULU SELANGOR
Abstract
Kepimpinan sekolah yang mengamalkan tindakan beretika dalam amalan kepimpinan memberi kesan yang positif kepada pengikutnya. Namun, masih terdapat guru yang kurang mendapat kepuasan kerja akibat pemimpin tidak melaksanakan kepimpinan beretika dalam menguruskan pentadbiran sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan etika Guru Besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru Sekolah Kebangsaan (SK) di daerah Hulu Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang diedar kepada 306 orang guru daripada 30 buah sekolah kebangsaan di daerah Hulu Selangor. Kajian dilaksanakan berdasarkan tujuh dimensi kepimpinan etika iaitu dimensi berorientasikan manusia, keadilan, integriti, penjelasan peranan, bimbingan beretika, keprihatianan terhadap kemampanan dan perkongsian kuasa ke atas tiga aspek kepuasan kerja iaitu keadaan pekerjaan, penyeliaan dan penilaian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan etika guru besar dan tahap kepuasan kerja guru di daerah Hulu Selangor adalah tinggi dengan nilai min yang paling tinggi pada dimensi penjelasan peranan dan kepuasan kerja guru pula dengan nilai min yang tinggi pada aspek keadaan pekerjaan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan di antara amalan kepimpinan etika guru besar dengan kepuasan kerja guru. Pengaruh dominan yang mempengaruhi kepuasan kerja guru adalah dimensi penjelasan peranan. Kepimpinan etika mampu menyerlahkan amalan kepimpinan guru besar dalam mentadbir sekolah untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Oleh itu, dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan untuk KPM, EPRD, IAB, JPN Selangor dan PPD Hulu Selangor dalam merancang latihan bagi mempertingkatkan profesionalisme pemimpin sekolah dari segi etika kerja.