TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR

Authors

  • Mohd Nizam Attan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Abstract

Gambus di Johor seringkali dikaitkan dengan kumpulan Ghazal Johor dan lagu-lagu zapin. Persepsi masyarakat yang meletakkan gambus sebagai ikon negeri Johor dibayangi oleh peranan gambus dalam memainkan lagu-lagu ghazal dan zapin sahaja. Namun, gambus juga memainkan peranan besar di Johor dalam ensembel yang dinamakan Kumpulan Gambus. Kajian didapati kumpulan gambus Nurulhilal telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat di Johor sekitar tahun 1970an hingga akhir 1990an. Tradisi muzik kumpulan gambus pada awalnya bersifat ‘saduran’ dari lagu-lagu Arab Mesir di samping lagu-lagu ciptaan. Namun tradisi muzik kumpulan gambus berkembang menerusi penerimaannya dalam kalangan masyarakat tempatan di Johor khususnya di daerah Batu Pahat dan Pontian. Kajian dijalankan secara kualitatif dengan sumber rujukan utama adalah dari hasil temubual dan pengalaman langsung bersama kumpulan gambus ini. Sumber-sumber lain adalah dalam bentuk rakaman-rakaman lama dalam bentuk pita kaset, piring hitam, bukubuku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian ini dijangka dapat dijadikan sumber idea, informasi dasar dan pemahaman asas tentang tradisi muzik kumpulan gambus di Johor yang pernah suatu ketika menjadi sumber hiburan bagi penduduk setempat di Johor khususnya pada majlis-majlis perkahwinan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-12-31

How to Cite

Mohd Nizam Attan. (2018). TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 1(1). Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/2108