PENGURUSAN KEWANGAN DI KALANGAN PENGUSAHA KECIL DAN SEDERHANA (PKS) NEGERI PERLIS: KAJIAN KONSEPTUAL

Authors

  • Nurul Farihin Mhd Nasir
  • Khairun Nisaa’ Mohd Nor
  • Nurul Labanihuda Abdull Rahman
  • Zulaiha Ahmad
  • Noor Hafizha Muhamad Yusuf
  • Nadhilah Abdul Pisal

Abstract

Kegagalan usahawan dalam menguruskan perniagaan berpunca daripada kelemahan pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan merupakan satu aspek pengurusan perniagaan yang penting dan amat kritikal bagi perniagaan berskala kecil dan sederhana (PKS). Sektor ini dilihat sebagai salah satu sumber pendapatan yang menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara. Justeru itu, negara sangat memerlukan usahawan yang berilmu daya saing di dalam pengurusan kewangan agar ilmu tersebut dapat membantu usahawan dalam menguruskan sumber kewangan dengan lebih sistematik. Walaubagaimanapun, hasil kajian lepas menunjukkan tekanan kewangan di kalangan usahawan PKS berada di tahap yang agak runcing dan agak membimbangkan. Natijahnya, mereka kehilangan punca pendapatan disebabkan ekonomi negara merudum kesan daripada gelombang pandemik, kurangnya kemahiran dalam ilmu pengurusan kewangan, tidak mengemas kini rekod prestasi perniagaan serta aktiviti perniagaan yang berisiko tinggi untuk bertahan lama. Situasi tersebut jika tidak dikawal selia dengan baik akan menjejaskan serta memberi kesan kepada prestasi perniagaan dalam jangka masa panjang. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan memfokuskan kepada kajian kes. Bagi mencapai objektif pertama kajian, sorotan literatur dan temu bual dijalankan kepada responden untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah kewangan di kalangan PKS. Kajian empirikal juga dilakukan kepada institusi kewangan terpilih iaitu pegawai di Amanah Ikhtiar Negeri Perlis bagi mendapatkan maklumat aktiviti yang telah dijalankan. Seterusnya, program intervensi di kalangan PKS yang terpilih akan dilaksanakan (objektif kedua). Kemudian diikuti dengan pemantauan program pengurusan kewangan melalui program intervensi di kalangan PKS di Negeri Perlis (objektif ketiga). Hasil kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pihak berkepentingan serta dapat mengatasi masalah pengurusan kewangan di kalangan usahawan B40 selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 untuk mengukuhkan ekonomi serta merancakkan aktiviti pertumbuhan ekonomi utama (KEGA).

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-03-31

How to Cite

Nurul Farihin Mhd Nasir, Khairun Nisaa’ Mohd Nor, Nurul Labanihuda Abdull Rahman, Zulaiha Ahmad, Noor Hafizha Muhamad Yusuf, & Nadhilah Abdul Pisal. (2023). PENGURUSAN KEWANGAN DI KALANGAN PENGUSAHA KECIL DAN SEDERHANA (PKS) NEGERI PERLIS: KAJIAN KONSEPTUAL. International Journal of Accounting, Finance and Business, 8(46). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/613