FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELANGGAN TERHADAP PERNIAGAAN BERKONSEPKAN TRAK MAKANAN DI PUTRAJAYA
Abstract
Perniagaan berkonsepkan trak makanan telah berkembang bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Persaingan di antara industri makanan menjadi semakin sengit. Melihat kepada permasalahan ini, fpaktor pemilihan pelanggan terhadap perniagaan berkonsepkan trak makanan sangat penting dalam mengenalpasti strategi pemasaran yang berkesan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungkait antara penampilan produk, harga dan lokasi dalam pemilihan pelanggan terhadap perniagaan berkonsepkan trak makanan. Seterusnya, mengemukakan faktor yang paling utama dalam mempengaruhi pemilihan pelanggan terhadap perniagaan berkonsepkan trak makanan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 217 orang responden yang terdiri daripada pelanggan perniagaan berkonsepkan trak makanan di Putrajaya. Data dianalisis dengan menggunakan aplikasi SPSS (Statistical Package for Social Science versi 21). Hasil kajian menunjukkan bahawa responden cenderung memilih faktor lokasi sebagai faktor yang paling utama dalam mempengaruhi pemilihan pelanggan terhadap perniagaan berkonsepkan trak makanan.