PERLAKSANAAN DESENTRALISASI DI PERINGKAT KERAJAAN TEMPATAN

Authors

  • Suzei Mat Nurudin
  • Dr. Zarina Mohd Zain
  • Nor Suhaiza Md Khalid

Abstract

Perlaksanaan konsep desentralisasi merupakan satu cara kerajaan pusat mengagihkan sesetengah kuasa dalam urusan pentadbiran kepada peringkat bawahan seperti kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Konsep ini menjadi keperluan yang utama kepada pentadbiran kerajaan tempatan bagi memastikan keberkesanan dalam urusan pentadbiran kerajaan disamping memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat seluruhnya. Selain daripada itu, konsep desentralisasi adalah perlu dilaksanakan kerana ia dapat mempercepatkan proses pembuatan keputusan dan menyegerakan perlaksanaan polisi, di dalam perlaksanaan struktur kerajaan, pembuatan keputusan yang cekap dan tepat adalah penting bagi memenuhi keperluan serta kehendak seluruh rakyat. Bagi memastikan pembuatan keputusan yang cekap ini dapat dilaksanakan, nilai-nilai desentralisasi di setiap peringkat sama ada di peringkat kerajaan pusat, kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan harus dilaksanakan secara telus. Perlaksanaan ini akan memastikan kuasa politik tidak dipunyai sepenuhnya oleh kerajaan pusat yang mana ianya boleh menjadikannya terlalu berkuasa dalam urus tadbir terutama dalam proses pembuatan keputusan. Artikel ini akan membincangkan perlaksanaan konsep devolution yang di terapkan di dalam pentadbiran kerajaan tempatan di Malaysia yang mana ahli majlis merupakan salah satu kumpulan pelaksana.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-11-30

How to Cite

Suzei Mat Nurudin, Dr. Zarina Mohd Zain, & Nor Suhaiza Md Khalid. (2020). PERLAKSANAAN DESENTRALISASI DI PERINGKAT KERAJAAN TEMPATAN. International Journal of Accounting, Finance and Business, 5(29). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/252