KAJIAN TERHADAP KEBOLEHGUNAAN AKAUN INSTAGRAM HAKAZA SUNNAH BERDASARKAN PERSPEKTIF PENSYARAH UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Authors

  • Syed Najihuddin Syed Hassan
  • Nurul Azwalina Azman
  • Siti Mardhiah Hassan
  • Khairunnisa Khairudin

Abstract

Dalam era teknologi yang berkembang pesat, masyarakat sering menggunakan internet untuk mendapatkan sesuatu maklumat, khususnya berkaitan hadith. Salah satu platform yang digunakan untuk memperolehi maklumat tersebut adalah akaun Instagram Hakaza Sunnah. Justeru itu, kajian ini adalah berkaitan kebolehgunaan akaun Instagram Hakaza Sunnah berdasarkan perspektif pensyarah USIM. Instagram Hakaza Sunnah merupakan satu platform yang beroperasi mengetengahkan pembelajaran ilmu Hadith dan Sunnah Nabi SAW kepada masyarakat di Malaysia. Akaun ini dilengkapi dengan penerangan dan nombor bagi sesuatu hadith. Hal yang demikian dapat membantu masyarakat memahami hadith tersebut dengan lebih mendalam. Namun, akaun Instagram ini tidak begitu terkenal dalam kalangan pensyarah USIM dan maklumat yang dikongsikan tidak dapat dikenalpasti kesahihannya. Selain itu, keberkesanan kaedah penyampaian yang digunakan berdasarkan perspektif pensyarah USIM juga tidak diketahui. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan memberikan pendedahan mengenai akaun Instagram Hakaza Sunnah kepada pensyarah USIM, menganalisis kesahihan maklumat yang dikongsi serta mengkaji kelebihan dan kekurangan kaedah penyampaian yang digunakan oleh akaun tersebut menurut perspektif golongan professional dari USIM. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah wawancara di mana perkara tersebut dilakukan terhadap individu yang terlibat seperti pensyarah-pensyarah USIM dan pemilik akaun Instagram Hakaza Sunnah. Hasil kajian ini mendapati bahawa akaun Instagram Hakaza Sunnah menggunakan format penulisan serta video yang ringkas dan mudah untuk difahami dalam berkongsi dan menyebarkan maklumat mengenai ilmu hadith di media sosial terutamanya di Instagram. Kesimpulannya, akaun Instagram Hakaza Sunnah adalah salah satu akaun yang mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat, terutamanya dalam bidang hadith. Justeru itu, diharapkan kajian ini dapat membantu masyarakat untuk mempelajari hadith dengan baik melalui media sosial, khususnya Instagram.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

Syed Najihuddin Syed Hassan, Nurul Azwalina Azman, Siti Mardhiah Hassan, & Khairunnisa Khairudin. (2024). KAJIAN TERHADAP KEBOLEHGUNAAN AKAUN INSTAGRAM HAKAZA SUNNAH BERDASARKAN PERSPEKTIF PENSYARAH UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM). Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 7(12). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2352