KEBERKESANAN APLIKASI JOMTAJWID DALAM MEMANTAPKAN BACAAN AL-QURAN DI KALANGAN MASYARAKAT
Abstract
Membaca Al-Quran secara bertajwid adalah suatu kewajiban bagi setiap individu muslim. Tanpa kita sedari, kita sering melakukan kesalahan-kesalahan dalam membaca Al-Quran kerana mengambil mudah tentang hukum tajwid. Sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan dalam bacaan Al-Quran, maka hukumnya adalah haram kerana ia boleh membawa maksud yang lain. Sementara mencacatkannya merupakan suatu dosa. Oleh itu, dengan adanya aplikasi JomTajwid yang merupakan sebuah platform moden yang menyediakan pelbagai alternatif dan perkongsian tentang asas ilmu tajwid untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada masyarakat muslim. Kewujudan aplikasi ini juga dapat membantu pengguna mempelajari ilmu tajwid di atas talian dengan cepat dan mudah. Secara tidak langsung teknik pembelajaran teknologi ini menjadi pilihan utama masyarakat pada masa kini walaupun kaedah traditional masih lagi wujud dalam pembelajaran tajwid kerana aplikasi ini dapat dijadikan sebagai medium rujukan tambahan dalam pembelajaran yang lebih mudah. Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan aplikasi JomTajwid pada Masyarakat muslim pada zaman ini. Tujuan dari penelitian ini juga adalah untuk membantu meningkatkan pemahaman masyarakat muslim dalam penguasaan ilmu tajwid yang mana merupakan perkara asas yang perlu difahami sebagai orang muslim dalam membaca Al-Quran dengan baik dan benar (tarteel). Hal ini kerana masyarakat muslim pada masa kini kurang menguasai kemahiran dan pengetahuan ilmu tajwid kerana adanya pembelajaran dan pengajaran yang tidak sistematik menjadikan penyebab kepada kelemahan penguasaan bacaan Al-Quran. Jenis kaedah yang digunakan dalam penelitaian ini adalah kaedah kuantitatif iaitu melalui pandangan dan maklum balas pengguna aplikasi JomTajwid. Hasil daripada kajian ini adalah sebuah aplikasi yang dapat disyorkan dan disebarkan kepada masyarakat kerana terdapat keberkesanan daripada pembelajaran secara moden daripada aplikasi tersebut. Aplikasi ini juga sedikit sebanyak dapat membantu pengguna dalam memahami, mempelajari dan menerapkan ilmu-ilmu tajwid ketika membaca Al-Quran secara tarteel.