TRANSFORMASI DIGITAL DALAM PEMBELAJARAN DAN AMALAN ISLAM: ANALISIS APLIKASI MUSLIM PRO
Abstract
Teknologi ini telah mengubah cara orang berinteraksi, bekerja, dan belajar. Dalam konteks pembelajaran dan amalan Islam, transformasi digital dapat memberikan peluang yang besar untuk memperluas akses dan memperkaya pengalaman umat Muslim dalam memahami dan mempraktikkan ajaran agama Islam. Dengan wujudnya transformasi digital, turut timbul isu-isu yang perlu dianalisis, antaranya termasuk kebimbangan mengenai ketepatan dan kebolehpercayaan sumber maklumat yang terdapat didalamnya. Dalam konteks pembelajaran dan amalan Islam, penting untuk memastikan bahwa informasi yang diperoleh adalah sesuai dengan ajaran agama. Objektif kajian adalah untuk mengkaji peranan transformasi digital dalam pembelajaran Islam melalui aplikasi Muslim Pro, menilai impaknya dalam memperkaya pembelajaran dan amalan Islam dalam era digital, dan menganalisis persepsi pengguna terhadap keberkesanan aplikasi tersebut. Kaedah kajian pula dengan melakukan kajian literatur dengan mengumpulkan maklumat berkaitan dengan Muslim Pro dan transformasi digital dalam pembelajaran Islam. Setereusnya, kaedah kualitatif, termasuk soal selidik untuk mengumpulkan data pengguna aplikasi Muslim Pro, merangkumi soalan berkaitan pengalaman pengguna, keberkesanan aplikasi, dan persepsi terhadap aplikasi tersebut. Dapatan daripada kajian ini, kajian ini membentangkan maklumat diperolehi melalui dokumentasi dan temu bual. Kaedah ini membolehkan analisis aplikasi Muslim Pro dalam Transformasi Digital Pembelajaran dan Amalan Islam. Muslim Pro ini adalah teknologi digital, memudahkan umat Islam dalam memahami dan mengamalkan ajaran agama secara praktikal. Ia juga memudahkan pengguna mendapat maklumat agama seperti jadual solat, Al-Quran digital, doa harian, arah kiblat, audio al-Quran, kalendar hijriah, dan sumber keagamaan yang lain. Walaupun memberikan manfaat kepada peringkat global, perlu diingat bahawa keseimbangan antara kemajuan teknologi dan nilai-nilai keagamaan merupakan aspek penting untuk melaksanakan ibadah dengan betul sebagai umat Islam.