SUMBANGAN USTAZ AHMAD HARIS DALAM AL-QURAN DI TWITTER

Authors

  • Fatin Syaheera Binti Mohamed Mohni
  • Fatin Mariatulkiftia Binti Samsudin
  • Nur Nabilah Binti Mohd Abdul Rahman
  • Syed Najihuddin bin Syed Hassan

Abstract

Aplikasi Twitter merupakan salah satu rangkaian sosial yang membolehkan para pengguna menghantar dan membaca kiriman pesanan ringkas dan dikongsikan bersama kelompok yang disukai. Rentetan itu, aplikasi ini juga telah dinobatkan sebagai sebagai salah satu daripada 50 laman web yang paling popular di seluruh dunia dek kerana pertumbuhan pengguna baru mendaftar yang pesat dan masih mengekalkan kerelevanannya sehingga kini. Para agamawan yang dipercayai juga turut menceburkan diri mereka ke dalam platform ini untuk menyebarkan dan memberikan penerangan berkaitan mana-mana isu yang tercetus khususnya yang melibatkan akidah sebagai usaha untuk menarik minat masyarakat di luar serta membuktikan bahawa sesuatu ilmu itu mudah diakses pada zaman ini, antaranya Ustaz Ahmad Haris yang turut dikenali dalam kalangan pengguna Twitter. Ustaz Ahmad Haris merupakan seorang influencer di Twitter di mana beliau sering berkongsi berkenaan agama khususnya ilmu Tajwid Al-Quran dengan menubuhkan ruang atau dikenali sebagai space dan mengadakan bacaan al-Quran yang dihadiri oleh pengguna-pengguna Twitter yang lain. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana akan menemu ramah beliau bagi mendapatkan maklumat-maklumat mengenai dirinya agar dapat membantu dalam kajian yang akan dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak sumbangan beliau dalam agama khususnya bidang tajwid Al-Quran dan beliau turut aktif dalam menyampaikan ilmu di pelbagai media sosial khususnya di aplikasi Twitter. Dapat disimpulkan bahawa dengan adanya teknologi-teknologi terkini dan platform-platform yang dapat membantu proses penyebaran dakwah dilakukan dengan lebih progresif.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-09-30

How to Cite

Fatin Syaheera Binti Mohamed Mohni, Fatin Mariatulkiftia Binti Samsudin, Nur Nabilah Binti Mohd Abdul Rahman, & Syed Najihuddin bin Syed Hassan. (2023). SUMBANGAN USTAZ AHMAD HARIS DALAM AL-QURAN DI TWITTER. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 6(11). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2341