SUMBANGAN DR. KAMILIN JAMILIN DALAM PENYEBARAN DAKWAH MELALUI MEDIA SOSIAL
Abstract
Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara atas talian dengan menggunakan aplikasi seperti Facebook, Twitter, Youtube dan sebagainya. Media sosial juga merangkumi blog, forum dan rangkaian sosial. Manakala, dakwah pula didefiniskan sebagai satu interaksi penyampai dan penerima melalui pelbagai cara yang bertujuan untuk menyeru masyarakat mahupun individu itu sendiri untuk beriman dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya bersesuain dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islam. Berdakwah dengan menggunakan media sosial merupakan inisiatif yang amat berkesan dan memberi implikasi positif. Implikasi melalui penggunaan media sosial ini dapat dilihat melalui sudut masyarakat dan individu itu sendiri. Antara individu yang sering terlibat dalam penyebaran dakwah melalui media sosial ialah Dr. Kamilin Jamilin yang mana beliau sangatlah dikenali dalam bidang al-quran lebih-lebih lagi dalam bidang yang berkaitan dengan Hadith. Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan sumbangan serta metode yang digunapakai oleh Dr. Kamilin Jamilin dalam menyampaikan dakwah dalam bidang berkaitan hadith terutamanya melalui media sosial. Kaedah kajian yang digunapakai dalam kajian ini ialah dengan menganalisis maklumat-maklumat serta bahan-bahan yang terdapat dalam aplikasi media sosial yang biasa digunapakai oleh pendakwah Dr. Kamilin Jamilin seperti Facebook, Youtube serta Tiktok yang terbaharunya. Hasil kajian ini mendapati bahawa penyampaian dakwah melalui media sosial amatlah efisien dengan generasi masa kini dan ianya juga mencapai objektif sumbangan yang telah disumbangkan oleh pendakwah Dr. Kamilin Jamilin berkaitan bidang hadith melalui media sosial. Kesimpulannya, media sosial merupakan satu medium yang amatlah berkesan dalam penyampaian dakwah untuk generasi masa kini yang lebih cenderung kepada persekitaran teknologi moden