SUMBANGAN DR ANUAR BIN HASIN DALAM PERKEMBANGAN TARANNUM DI MALAYSIA

Authors

  • Nurainul Mardiah Rashidi
  • Katarun Nada Mohd Latiff
  • Nor Shakirah Hanim Ishak
  • Syed Najihuddin Syed Hassan

Abstract

Seperti yang diketahui, ilmu Tarannum sangat terkenal dikalangan masyarakat di Malaysia, ia telah dipelopori oleh ramai orang daripada pelbagai lapisan masyarakat tidak kira pekerjaan, umur, dan jantina. Kajian ini adalah berkaitan dengan ketokohan dan sumbangan Dr. Anuar Bin Hasin dalam bidang tarannum kepada masyarakat di Malaysia. Ia juga merupakan salah satu ilmu yang berasaskan bacaan didalam Al-Quran dan saling berkait rapat dengan seni memperhaluskan dan memperelokkan suara. Namun, masih terdapat segelintir masyarakat yang masih memiliki pemahaman bahawa tarannum adalah ilmu yang tidak penting dan tidak perlu dipelajari, sedangkan ia adalah salah satu ilmu yang perlu dimiliki dan dikuasai oleh setiap individu muslim. Justeru, kajian ini akan mendedahkan secara mendalam tentang sumbangan beliau dalam bidang tarannum al-quran. Oleh yang demikian, penulis akan menfokuskan mengenai pemahaman istilah tarannum, latar belakang penglibatan Dr. Anuar Bin Hasin, manhaj dan sumbangannya dalam perkembangan tarannum di Malaysia. Di dalam kajian ini, penulis menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian untuk mengumpulkan data-data penting bagi menyempurnakan kajian ini. Oleh itu, di akhir kajian ini, penulis mendapati bahawa Dr. Anuar Bin Hasin sangat berjasa dalam bidang tarannum dan memberi impak yang besar kepada masyarakat islam serta menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengikuti jejak langkah beliau. Justeru itu, kajian ini akan memberi manfaat yang besar kepada pembaca untuk memperkembang dan memperluaskan ilmu Tarannum.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-09-30

How to Cite

Nurainul Mardiah Rashidi, Katarun Nada Mohd Latiff, Nor Shakirah Hanim Ishak, & Syed Najihuddin Syed Hassan. (2023). SUMBANGAN DR ANUAR BIN HASIN DALAM PERKEMBANGAN TARANNUM DI MALAYSIA. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 6(11). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2339