PROGRAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN SECARA INTERAKTIF DI TELEVISYEN

Authors

  • Afiratul Abidah Md Sani
  • Afiqah Najihah Zainudin
  • Maisarah Saidin
  • Nurul Najaa Mohd Najib

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) al-Quran secara musyafahah dan talaqqi adalah kaedah yang telah dinormalisasi sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Akan tetapi, ekoran daripada penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah merubah gaya hidup dan metode komunikasi manusia termasuklah di negara kita. Faktor kesihatan merupakan antara penyebab utama kesukaran untuk menghadiri kelas secara fizikal selain kewangan, pengangkutan dan masa. Lantaran itu, media massa menjadi salah satu platform yang berkesan untuk mengadakan kelas pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kaedah PdP al-Quran pada zaman sahabat dan PdP al-Quran yang berlaku secara interaktif kini melalui televisyen serta kelebihan dan kelemahannya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan kaedah PdP al-Quran semakin berkembang seiring dengan arus pemodenan yang mampan. Kaedah PdP al-Quran masa kini bukan lagi berlaku secara talaqqi dan mushafahah sahaja bahkan juga boleh dilakukan secara interaktif di kaca televisyen.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-09-30

How to Cite

Afiratul Abidah Md Sani, Afiqah Najihah Zainudin, Maisarah Saidin, & Nurul Najaa Mohd Najib. (2023). PROGRAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN SECARA INTERAKTIF DI TELEVISYEN. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 6(11). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2338