KAJIAN KESAHIHAN HADITH DALAM APLIKASI TIKTOK
Abstract
Kajian ini membahaskan tentang penyebaran hadis menggunakan aplikasi TikTok. TikTok dapat didefinisikan sebagai perkongsian video yang menggabungkan elemen audio dan visual. TikTok merupakan media sosial popular dan digunakan secara meluas oleh orang ramai dalam pelbagai lapisan masyarakat. Melalui TikTok pengguna boleh menghasilkan, mengedit, menonton, memuat naik dan berkongsi pelbagai ilmu. Kini terdapat pelbagai video pengajaran dan pembelajaran berkaitan Pendidikan Islam khususnya ilmu hadis disebarluaskan menggunakan aplikasi TikTok. Namun begitu, kredibiliti hadis tersebut tidak dapat dikenalpasti. Tambahan pula, kebanyakan masyarakat awam kurang mengetahui tentang ilmu hadis. Ini menyebabkan mereka mengambil dan mengamalkan sesuatu hadis tanpa mengetahui kesahihannya. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengenalpasti beberapa video hadith yang tersebar di Tiktok seterusnya menganalisis status hadith yang dimuat naik. Kajian ini juga akan menjelaskan isu-isu berkaitan hadith di Tiktok yang tersebar dalam kalangan masyarakat. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan analisis dokumen dan video. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa status hadis di aplikasi Tiktok terdiri dari Sahih, Hasan, Dha’if dan Maudu’. Justeru, diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat dan menyumbang ilmu pengetahuan kepada masyarakat tanpa mengira usia dalam mendalami ilmu hadis serta mengenalpasti kredibilit sesuatu hadis di Tiktok.