PENUBUHAN SEKOLAH AGAMA SWASTA: MAAHAD TAHFIZ SAINS YAYASAN KHAIRIAH
Abstract
Maahad Tahfiz Sains Yayasan Khairiah (MTSYK) terletak di kampong Pisang Baling Kedah Malaysia. Ia adalah sebuah Sekolah Agama Rakyat yang telah diasaskan oleh Tuan Guru Haji Yahya Toha pada 1935. MTSYK adalah sebuah institusi ilmu berdimensi baru dibawah pengurusan dan pentadbiran SMA Yayasan Khairiah. MTSYK ini merupakan aliran dan cabang pengajian baru yang menggabungkan dua deminsi ilmu yang berbeza yang bakal melahirkan golongan huffaz Al-Quran yang profesional serta Saintis yang berjiwa Al-Quran. Namun, Sekolah ini kurang diberi perhatian oleh masyarakat berbanding Sekolah Agama Kerajaan lain seperti Maahad Tahfiz Sains Darul Aman. Bahkan, masyarakat kurang mendalami susah jerih sistem pendidikan sekolah aliran swasta ini dalam menghasilkan para huffaz yang berkualiti. Kajian ini bertujuan untuk merungkaikan sejarah penubuhan MTSYK dan membahaskan kaedah pembelajaran yang digunakan serta untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sekolah tersebut. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif yang turut merangkumi tinjauan menggunakan bahan-bahan rujukan dari kajian akademik yang lepas. Hasil kajian ini mendapati banyak faedah yang boleh diambil untuk masyarakat umum dan pelajar khususnya. Masyarakat seharusnya menjadikan para huffaz sebagai teladan serta pemangkin generasi Al-Quran. Kesimpulannya, adalah menjadi harapan agar para pelajar tahfiz ini cemerlang dalam bidang akademik, agama serta menjadi golongan profesional seperti doktor, saintis atau jurutera yang hafiz. Justeru, diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan kepada masyarakat.