PENGUASAAN AMALAN MURAJAAH AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH, USIM

Authors

  • Nurul Hafni Irdina Binti Azri
  • Nurul Farhana Binti Mohd Azmi
  • Syed Najihuddin Bin Syed Hassan

Abstract

Muraja'ah merupakan suatu kegiatan mengulang, baik itu pelajaran mahupun hafalan Al-Quran. Menghafaz al- Quran bukan suatu kerja yang mudah, bahkan memerlukan kepada pengorbanan yang besar. Proses ini memerlukan komitmen yang tinggi, usaha yang berterusan serta tanggungjawab yang berat terutama melibatkan proses penjagaan al-Quran. Salah satu masalah seorang penghafal al-Quran atau Hafidz Quran adalah mempertahankan hafalannyanya. Justeru, timbul persoalan sejauh manakah pelajar Fakulti Quran dan Sunnah ini menjaga dan mengekalkan hafazan al-Quran. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana penguasaan amalan murajaah dalam kalangan pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. Jenis kaedah yang digunakan dalam dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif iaitu melalui data yang akan dikumpulkan melalui borang soal selidik seterusnya akan dianalisis dan dirumuskan dalam kertas kerja ini. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penguasaan amalan murajaah dengan lebih kerap menunjukkan daya hafalan Quran yang lebih berkesan berbanding pelajar yang tidak menjaga hafalan murajaah yang menunjukkan pengurangan dalam kualiti hafalan Quran. Kesimpulannya, kajian ini penting bagi mewujudkan kesedaran tentang kepentingan penghayatan muraja'ah menghafal Quran dalam kalangan pelajar agar setiap ayat yang telah dihafaz sentiasa terpelihara dalam ingatan. Kesannya, pencapaian hafalan antara pelajar Quran dan Sunnah dapat menunjukkan perbezaan mengikut kecenderungan, kemampuan dan tahap pendengaran mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-09-30

How to Cite

Nurul Hafni Irdina Binti Azri, Nurul Farhana Binti Mohd Azmi, & Syed Najihuddin Bin Syed Hassan. (2023). PENGUASAAN AMALAN MURAJAAH AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH, USIM. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 6(11). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2334